Saturday 25 February 2012

sayang ker???


errrr...ada ke orang sayang kat aku nih?agak-agak ada tak???? Kita hidup dikelilingi dengan ramai orang tapi kan korang pernah tak terfikir perasaan diorang yang sebenarnya pada kita? Mungkin kat depan kita diorang cakap mulut manis tapi belakang kita bukan main syok kutuk lagi. yer tak?


Selagi ada orang yang sayang pada kita, selagi tu la akan ada orang yang benci pada kita. Yang paling penting sekali kita menjadi diri kita dan buang anasir-anasir tu jauh-jauh. Bak kata jurulatih nana dulu ' Jangan mental'.



Jangan biarkan anasir-anasir jahat tu ganggu hidup kita sebab yang ruginya adalah kita.Bagi nana pulak i love my famili n i love my friends. Watever pandangan diorang mengenai nana, i will never let my self down. Barulah hidup akan ceria n happy selalu =)

Saturday 18 February 2012

payahnye nak cari videographer kahwin

ish ish ish....payahnye nak cari videographer kahwin yang tak mahal. Harga videographer setakat ni la kan standard harga diorang 1000++. Berhari-hari jugak la google kat kengkawan, MKA,sepupu n kat pakcik google tu. Mostly 1000++.Tapi takat ni ada la jugak jumpa bawah seribu but diorang ni macam pisang goreng panas. bila kol, kasi tarikh event mesti diorang cakap 'sory nana..tarikh tu dah ade orang book sy'.:(

Berkat dah banyak kali dating dengan pakcik google, akhirnya dapat jugak jumpa videographer yang tak mahal, yang free untuk tarikh tu dan no trasport charge.yeppiiiii...banyak kali jugak tengok video dia. bila mintak pendapat kengkawan, diorang pon cakap ok.

1. nana amik videographer ni tuk wedding gift kak inas. pakej dia pon sangat-sangat ok. Hope hasilnya nanti excellent.Bro ni sangat2 bagus.Cara dia layan customer ok almaklum la nana ni banyak songeh sikit.video kahwin


2. yang ni videographer paling murah yang nana jumpa takat ni. 600 per event. Bro ni tinggal dekat je dengan taman nana tapi tak de rezeki nak upah dia. la televisio videographer .Dia memang hot dikalangan bakal-bakal pengantin yang nakkan wedding videographer dengan harga budget. Hasil kerja dia pon not bad tau.

3. videographer idamanku CST Production . Kenapa???sebab nana suka cara diorang yang memang touching abis.pastu pas tengok mula la feeling serang-sorang. seriously i like them tapi mahal sangat la.gaji sepuluh riban boleh la upah diorang.

setiap videographer letak harga beza-beza. yang murah tak semestinya tak cantik. yang mahal tak semestinya bagus. so kena pandai-pandai cari.

soalan-soalan yang mesti tanya pada videographer
1- ada transport charge tak?
2 - ape yang diorang provide dalam pakej tu?
3- berapa jam diorang akan ada pada event nanti?
4- ade provide raw video(video tanpa editing.selalu dalam 30-40 minit je) tak?
5. tiap kali korang nak tambah apa-apa ke,make sure diorang kenakan extra charge ke tak

Tuesday 14 February 2012

Engagement Yaya

Beberapa minggu lepas sepupu nana bertunang dengan kekasih hatinya Piyan kat Sungai Petani. Sempat la nana n family rush ke sane sebelum rombongan pihak laki sampai. Piyan ni ade keturunan mamak so majlis tu pon ada ciri2 adat india.
Adat  diorang ni lebih kurang kita la jugak tapi diorang lagi banyak acara. After dah berbincang tu, semua sedara mara piyan akan sarungkan gelang kaca ke lengan dan pakaikan selendang pada Yaya. Lepas tu akan suapkan manisan pula. Bukan perempuan dewasa je yang buat. Budak-budak kecik dengan lelaki pon buat bezanya lelaki hanya suap manisan. So mula-mula tengok adat diorang pon dah memang menarik sebab tak pernah tengok lagi sebelum ni. Cara salam diorang pon berbeza tau.. Ala-ala dalam cite hindustan gitewwww..

kat sini ada manisan, gelang kaca & selendang dlm 7,8 helai

Salah sorang makcik Piyan

Mula-mula pakaikan gelang kaca kat tangan & selendang
manisnya sepupu nana


After that baru la suap manisan.







Monday 13 February 2012

Pangkor Island.....=)

Hujung tahun lepas nana and family sempat buat family gathering. So dari 9 adik beradik ayah, 7 famili yang join family gathering ni...Memang sangat meriah.. :)

Pangkor sesuai untuk orang yang minat memancing, mandi-mandi laut and aktiviti air yang lain. Snorkeling pon ade tapi Pangkor punya biasa-biasa je. Stay pon 2 hari 1 malam je so tak banyak sangat aktiviti kami. Mandi ,mandi, mandi ,makan,barbeku.Hehehehe...Kami stay di PANGKOR VILLAGE RESORT.


Air laut kat chalet kami tu memang the best la.Kita boleh nampak kaki kita dalam air tau.But kutu air(something like that) ada. Tengah-tengah mandi tetiba tangan rasa sakit macam kena gigit semut tapi sakit tu cuma sekejap je.Paling best kalo mandi time air pasang. AWAS!!! mandi waktu air surut agak berbahaya sebab air cetek + kita akan makin jalan jauh ke tengah laut + banyak gamat(geli beb) + batu karang pon banyak.Malam kami buat bbq. Korang boleh dapatkan ikan+udang+sotong kat jeti area situ.Murah je kalo nak dibanding harga kat KL...:)

Kat sane kami stay di chalet famili. Environment memang sangat cantik sebab betul2 mengadap ke arah laut. Sebelum tidur sempat la jugak layan bunyi ombak. Kalo korang ambil yang chalet individu or dorm ke , yang tu mengadap ke chalet family. Better ambil chalet famili + harga berpatutan. Kat situ ada banyak monyet especially kat area chalet individu tetapi tidak di chalet family.

Budget ke Pangkor
Chalet famili                                                                    RM 230.00
Tambang feri pergi balik(pakai tiket yang sama)               RM 10.00 sahaja
Tambang van Dari Jeti Pangkor ke chalet kami
(1 van = 10 orang) 
(Harga ke lain-lain chalet adalah berbeza)                        RM 10.00 sahaja
Makan                                                                            Sendirian Berhad :)

Souvenir (keychain + baju + makanan )                           RM 50.00
(Better survey banyak kedai sebelum beli)


Pusing-pusing laut naik bot 1 kepala = RM15. Kalo kurang 10 orang, RM150 untuk 1 bot.
Kalau nak snorkeling, hanya tambah 5 ringgit untuk setiap kepala. Kalo kurang 10 orang, tak sure.lupa la...
Jetski 15 minit = RM50 (mahal gile)
Banana boat 1 kepala RM15(mahal nak mampus sebab dia sorang je yang ada banana boat kat situ)

 Pergi cuti kat Pangkor ni nana rasa macam jimat la jugak. Tak macam kalau jalan-jalan ke Langkawi.Tapi banyak jugak la perabis duit sebab beli macam-macam untuk orang-orang di KL....:)




Staf feri akan tolong wan yang berkerusi roda untuk masuk dan keluar dari lif







Teksi Pangkor yang sangat pinky...








Happy family...~





Chalet famili
2 katil besar. Cukup untuk 5 dewasa + 2 kanak-kanak



Pemandangan hadapan chalet kami


Posing terakhir sebelum balik KL

Cameron....~

hai all...
Dua minggu berturut-turut nana berkesempatan pergi ke Cameron highland. First trip pergi dengan famili nana without adik. For second trip pergi bersama adik.Actually dia jeles kami pergi Cameron thats why kami kena pergi kali ke 2...:p

Kami pergi balik hari means pergi pagi dan pulang petang. Gerak dari rumah dalam pukul 8.30 pagi. Kami pergi melalui Simpang Pulai dan pulang melalui Tapah. Sampai ke Cameron dalam pukul 11 lebih jugak sebab banyak transit beli petai.

Cameron sekarang dah tak sejuk macam tahun 80-an. Tengah ari di Cameron dah boleh berpeluh sebab panas kalo nak banding Cameron tahun 90-an kita still rasa sejuk even cuaca panas. Then, tanah runtuh pon banyak yang kami jumpa sepanjang perjalanan.:(

But happy tetap happy. Kami sempat singgah ke tempat peik strawberri, ladang Cameron Valley, Kebun orkid and pasar-pasar kat sana. Memang betul2 enjoy la coz budget pon tak payah banyak sangat.

Untuk petik strawberi sendiri, setengah kilo = RM25.00.mahal kan?kan? tapi tak apa la famili punya pasal. Untuk kebun ros pulak kalo nak masuk kena bayar 4 ringgit seorang. yang tu nana tak masuk. mahal la...bayangkan kami pegi dalam 10 orang.Baik shopping kat pasar je.

Advise nana kalau korang nak beli barang, usha2 dulu harga. ada yang jual mahal ade yang jual murah. magnet kat peti ais tu kami beli 5 = RM10.00..kalo kat tempat lain 4= RM 10.00. yang penting sekali kena pandai cari tempat beli ye kawan-kawan..

Budget ke Cameron

Tol (Duke, Duta-Simpang Pulai, Tapah-Duta) = 50+ tak sampai 60
Minyak (sepanjang perjalanan) = 80 - 90 ringgit

shopping tu korang punya budget sendiri..:)


Di ladang teh Cameron Valley





Jalan-jalan kat pasar pon sempat lagi ambil gambar..^-^

Aktiviti wajib kalau ke Cameron. Untuk aktiviti petik strawberi ni setengah kilo RM25.00..mahal kan...tp tak apa la sebab bukan hari2 petik..


Model strawberi i...:)



Hanya mampu tengok. Nak tanam kat rumah rasanya memang akan mati sebab tak terjaga.

Aik??bunga lagi...

The best la..petang-petang berkabus...suka suka suka...:)

Wedding Pejal & Ecah

yuhuuuu...hai all..
ahad lepas bersamaan 20 /11/2011 nana ,famili ngn kengkawan yang lain pergi ke Semenyih untuk majlis perkahwinan Ecah + pejal..dua-duanya adalah kawan2 nana waktu dalam Palapes dulu. Kami gerak konvoi 3 kereta dalam 1 jam baru sampai rumah ecah.jauh la jugak tu kan.Majlis diorang memang syok sebab waktu tu la dapat jumpa kawan2 palapes yang dirindui. and diorang semua masih sama seperti dulu iaitu gila bergambar. hahaha...Lets check it out..

Intake 23 yang gila bergambar..ahahaha...

Hantaran kedua belah pihak











Kawan-kawan pengantin....:)




Ecah + Pejal..so sweet...Moga korang berbahagia hingga ke akhir hayat























Doa aku semoga korang berbahagia hingga ke akhir hayat disamping anak,cucu cicit. Doakan kami2 yang masih bujang ni mengikut jejak langkah korang nanti..hehehe...