Saturday 18 February 2012

payahnye nak cari videographer kahwin

ish ish ish....payahnye nak cari videographer kahwin yang tak mahal. Harga videographer setakat ni la kan standard harga diorang 1000++. Berhari-hari jugak la google kat kengkawan, MKA,sepupu n kat pakcik google tu. Mostly 1000++.Tapi takat ni ada la jugak jumpa bawah seribu but diorang ni macam pisang goreng panas. bila kol, kasi tarikh event mesti diorang cakap 'sory nana..tarikh tu dah ade orang book sy'.:(

Berkat dah banyak kali dating dengan pakcik google, akhirnya dapat jugak jumpa videographer yang tak mahal, yang free untuk tarikh tu dan no trasport charge.yeppiiiii...banyak kali jugak tengok video dia. bila mintak pendapat kengkawan, diorang pon cakap ok.

1. nana amik videographer ni tuk wedding gift kak inas. pakej dia pon sangat-sangat ok. Hope hasilnya nanti excellent.Bro ni sangat2 bagus.Cara dia layan customer ok almaklum la nana ni banyak songeh sikit.video kahwin


2. yang ni videographer paling murah yang nana jumpa takat ni. 600 per event. Bro ni tinggal dekat je dengan taman nana tapi tak de rezeki nak upah dia. la televisio videographer .Dia memang hot dikalangan bakal-bakal pengantin yang nakkan wedding videographer dengan harga budget. Hasil kerja dia pon not bad tau.

3. videographer idamanku CST Production . Kenapa???sebab nana suka cara diorang yang memang touching abis.pastu pas tengok mula la feeling serang-sorang. seriously i like them tapi mahal sangat la.gaji sepuluh riban boleh la upah diorang.

setiap videographer letak harga beza-beza. yang murah tak semestinya tak cantik. yang mahal tak semestinya bagus. so kena pandai-pandai cari.

soalan-soalan yang mesti tanya pada videographer
1- ada transport charge tak?
2 - ape yang diorang provide dalam pakej tu?
3- berapa jam diorang akan ada pada event nanti?
4- ade provide raw video(video tanpa editing.selalu dalam 30-40 minit je) tak?
5. tiap kali korang nak tambah apa-apa ke,make sure diorang kenakan extra charge ke tak

No comments:

Post a Comment